Thursday, 22 December 2016

PENGIDAP KENCING MANIS...SEMPURNAKAH KAWALAN GULA ANDA?

salam sejahtera.

apa itu HBA1c?


untuk anda yang mengidap kencing manis (diabetes mellitus), adakah anda pernah mendengar perkataan ini?
adakah selama ini anda hanya melihat kepada bacaan gula secara random (RBS) atau semasa berpuasa (FBS)?
tidak salah untuk melihat kepada bacaan gula random atau puasa kerana ia melambangkan bacaan gula pada ketika itu.

HBA1c adalah bacaan/ ujian yang dibuat untuk melihat kawalan gula dalam masa 2 ke 3 bulan sebelumnya. Ia adalah ujian yang lebih tepat yang perlu digunakan untuk melihat tahap kawalan gula seseorang berbanding RBS/FBS.

bacaan HBA1c tidak berubah dengan tabiat makan pada hari sampel darah diambil. Jadi, sekalipun anda berpuasa pada hari tersebut, HBA1c anda tetap menunjukkan bacaan yang tidak elok jika pada hari-hari sebelumnya anda tidak mengawal gula dengan sempurna. 



APAKAH YANG DIUKUR DALAM HBA1c?



Ia mengukur bilangan gula yang ada di sel darah merah kita. Oleh kerana jangka hayat sel darah merah adalah sekitar 120 hari maka HBA1c mengukur paras gula sekitar jumlah waktu yang sama.molekul gula yang berada di sel darah merah dipanggil glycosylated haemoglobin.



APAKAH PARAS NORMAL HBA1c?



paras bacaan di bawah 6% adalah normal (tiada kencing manis). Ada yang meletakkan bacaan di bawah 6.1%.

bacaan HBA1c biasanya dilaporkan oleh makmal seperti di bawah:

kurang drp 6.1%  
- tiada kencing manis

6.1 - 6.4 %              
- kencing manis yang terkawal dengan sempurna

6.5 - 7.5 %              
- kencing manis yang kurang terkawal

lebih drp 7.5%      
- kencing manis yang langsung tidak terkawal


bacaan/penilaian HBA1c membolehkan seseorang pengidap kencing manis mengawal cara hidup dan pemakanan dengan lebih sempurna.


bagi anda yang mengidap kencing manis, berbincanglah dengan doktor anda untuk melihat paras HBA1c di dalam darah anda.





****KESIHATAN UNTUK SEMUA****














Tuesday, 15 November 2016

SUPLEMEN....KEPERLUAN ATAU SEKADAR SUKA-SUKA

salam sejahtera...

suplemen...
adakah ianya wajib diambil oleh semua orang?
atau sekadar keperluan bagi kumpulan tertentu contohnya kanak-kanak yang susah makan, warga emas atau orang yang menghidap penyakit?

pada saya....
berlaku adil pada diri sendiri.
hanya kita yang tahu pola pemakanan kita. adakah ia seimbang dan memenuhi semua keperluan harian?
atau makan mana yang sempat sahaja?

jika amalan pemakanan kita mencukupi dan lengkap semua nutrisinya mungkin kita tidak perlu bergantung kepada suplemen.

tapi yakinkah kita bahawa dalam era hidup serba pantas ini kita mampu mengamalkan pemakanan yang seimbang?
mampukah kita untuk mengelakkan keadaan-keadaan yang boleh mempercepatkan kerosakan sel-sel tisu badan kita seperti pencemaran bahan kimia dalam makanan, pencemaran udara dari asap kenderaan dan rokok?

maka....berlaku adil kepada diri kita.
bertindaklah dengan bijaksana untuk mendapatkan tubuh badan dan minda yang sihat.
kesihatan bukan setakat keperluan biasa malah agama juga mengajar kita untuk mencegah daripada merosakkan diri sendiri.

jika merasakan perlu untuk mendapatkan suplemen atau makanan tambahan, carilah yang benar-benar selamat untuk kegunaan jangka panjang.
pastikan pengeluarnya adalah syarikat yang berwibawa, syarikat yang mempunyai asas penyelidikan saintifik terhadap produk-produknya. 

sebab itu saya sendiri memilih produk shaklee ini....kewibawaan syarikatnya terserlah. bertahan lama dalam pasaran dan sentiasa melakukan kajian saintifik serta penambahbaikan dalam semua keluarannya.


jadilah pengguna yang bijak. bersama kita memilih hanya yang terbaik untuk kesihatan kita.


Saturday, 12 November 2016

salam sejahtera....
new page...
new environment...
hoping/working for new spirit....

previously at Nadasihat.blogspot.com
from now on I'll be writing about health and supplements/alternative care in this page.

my lifestory will still be in zamieda-lifeline.blogspot.com