Thursday, 22 December 2016

PENGIDAP KENCING MANIS...SEMPURNAKAH KAWALAN GULA ANDA?

salam sejahtera.

apa itu HBA1c?


untuk anda yang mengidap kencing manis (diabetes mellitus), adakah anda pernah mendengar perkataan ini?
adakah selama ini anda hanya melihat kepada bacaan gula secara random (RBS) atau semasa berpuasa (FBS)?
tidak salah untuk melihat kepada bacaan gula random atau puasa kerana ia melambangkan bacaan gula pada ketika itu.

HBA1c adalah bacaan/ ujian yang dibuat untuk melihat kawalan gula dalam masa 2 ke 3 bulan sebelumnya. Ia adalah ujian yang lebih tepat yang perlu digunakan untuk melihat tahap kawalan gula seseorang berbanding RBS/FBS.

bacaan HBA1c tidak berubah dengan tabiat makan pada hari sampel darah diambil. Jadi, sekalipun anda berpuasa pada hari tersebut, HBA1c anda tetap menunjukkan bacaan yang tidak elok jika pada hari-hari sebelumnya anda tidak mengawal gula dengan sempurna. 



APAKAH YANG DIUKUR DALAM HBA1c?



Ia mengukur bilangan gula yang ada di sel darah merah kita. Oleh kerana jangka hayat sel darah merah adalah sekitar 120 hari maka HBA1c mengukur paras gula sekitar jumlah waktu yang sama.molekul gula yang berada di sel darah merah dipanggil glycosylated haemoglobin.



APAKAH PARAS NORMAL HBA1c?



paras bacaan di bawah 6% adalah normal (tiada kencing manis). Ada yang meletakkan bacaan di bawah 6.1%.

bacaan HBA1c biasanya dilaporkan oleh makmal seperti di bawah:

kurang drp 6.1%  
- tiada kencing manis

6.1 - 6.4 %              
- kencing manis yang terkawal dengan sempurna

6.5 - 7.5 %              
- kencing manis yang kurang terkawal

lebih drp 7.5%      
- kencing manis yang langsung tidak terkawal


bacaan/penilaian HBA1c membolehkan seseorang pengidap kencing manis mengawal cara hidup dan pemakanan dengan lebih sempurna.


bagi anda yang mengidap kencing manis, berbincanglah dengan doktor anda untuk melihat paras HBA1c di dalam darah anda.





****KESIHATAN UNTUK SEMUA****














No comments:

Post a Comment